02 February 2012

rahsia personaliti berdasarkan gaya cuti

Hai korang.. Mesti da bnyk rahsia yg korang da tau kan.
Tp, Apa kata kali ni korang baca rahsia yg ni pulak.
Yg da tahu tu, diam2 je taw.. yg blum tahu, meh baca meh.
Mcm menarik taw ! hehe.. Lets go !


Oppssss….lupe plak..

Sebelum itu, better korang pilih dulu, lokasi bercuti berikut ni,
sebelum baca. Lepas korang da pilih, barulah korang
dapat nilai rahsia yang didedahkan ini TEPAT atau TIDAK.
So, jawab soalan ini dulu. Sekiranya korang diberi pilihan,
ke manakah korang akan bercuti?

1. PULAU (Contoh, Pulau Perhentian ker…)
2. BANDAR-BANDAR BESAR (Contoh, TOKYO, LONDON ker…)
3. TAMAN TEMA (Contoh, Genting Park ker, Disneyland ker…)
4. BANDAR / KOTA BERSEJARAH (Contoh, Melaka ker, ISTANBUL ker…)
5. GUNUNG-GANANG (Contoh, Gunung Tahan ker, Kinabalu ker…)

Amacam ? da pilih ke belum ? law belum, sila naik smula.
Korang msti/kena pilih jugak..
Kalau dah pilih, jom kita "teroka" rahsia kat bawah ni...

Have Fun ! hihi..

PULAU
Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu
yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang
tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak
hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.
Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di
sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya
mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang
memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan
sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat
dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan  individu ini tidak perlu
diragui lagi oleh pasangannya.





BANDAR-BANDAR BESAR
Personaliti

Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan
memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu
yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima
pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang
serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara
yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.
Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam
kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan
cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya
juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori
ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.



TAMAN TEMA
Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman.
Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah
bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak
keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi
individu yang tergolong
dalam kategori ini.
Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan
pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya
dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun
pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori
ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban,
khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.




BANDAR / KOTA BERSEJARAH
Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai
jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan.
Dari segi penampilan, mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi
contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini
persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.
Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta
mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan
sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih
dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar
dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih
sayang terhadap pasangan.



GUNUNG-GANANG
Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks
membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman.
Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak
memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak
seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak
hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa
bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan
dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang
sama dengan mereka. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub
dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan
prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai
kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati
mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang
menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali.




So, camne ? Btul ke x? Yg mana mmg tepat kena pd diri tu,
trima lah knytaan..hehehe..

Btul atau x, Wallahualam.. Ni pun copy paste je ni. Tp cm ada yg
mmg "kena" je kan.. Kesahihan nya kta x leh sangkal.
tp, jgn pcya lbih2 pulak .. :P

Ok la, smbung Next time,. new info pulak ! haha

~Sharing is caring~ 

^__~

1 orang yang tahu:

outbound training di malang said...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Sukses besar esok hari dimulai dari tindakan-tindakan kecil hari ini .,..
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...